-KelUarGaKu-

Sunday, January 31, 2010

~ Cuti oh Cuti ~

Hujung minggu lepas aku dapat jumpa mak and ayah yang sangat aku ridui. Pas hantar proposal kat Lecturer hari jumaat lepas, aku dengan nekad nyer mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumahku...di Kampung Semin. Ayah dan Emak telah menjempuku di Segamat. Thank Ayah...Thank...Emak...Adik Sayang both of you.
Tapi cuti hujung minggu so tempoh nyer singkat la, hari ahad aku kena kembali ke JB untuk menyambung tugasku di TM. Dalam keadaan yang tidak rela...aku harus kembali ke JB. Pas nie ader cuti algi, Cuti Chinese New Year, tapi tak lama macam student yang duk kat U cuti. Menurut staf kat department kami cuti sampai hari selasa, tapi aku lik cnie hari isnin. Nampak macam lame je cuti, tapi sebenarnya, same je macam last week nyer cuti. Redha je la, nanti dah hbis practical cuti la puas-puas sementara tunggu Konvo.
So now kena sacrifies skit, untuk kesenangan aku sendiri....di masa akan datang.

Friday, January 22, 2010

~ Tension dan Moody ~

Dua perkataan yang agak sebati ngan diri aku. Benda nie sering melanda diriku. Biasalah masalah dalaman kadang2 x boleh nak cerita pada sesiapa, so ape lagi pendam sendiri. Terlalu banyak pendam, lama-lama boleh pdat tau n tension akhirnya. Bila time tension nie mula la mood tak berapa nak balance. Mudah je nak naik angin. Tapi aku seboleh mungkin tak nak melibatkan orang lain ngan benda nie. Hal tension n moody adalah masalah aku sendiri, so x fair la if orang sekeliling aku terkena tempiasnya. Alhamdulillah, setakat nie aku amsih boleh kawal lagi segalanya. Di masa akan datang jua, aku harap dua masalah aku nie dapat aku atasi dan kawal.

Wednesday, January 13, 2010

-Task Bermula-

Minggu nie dah masuk minggu ke 7 aku kat TM nie. Kejap je masa berjalan. Tak lame lagi dah nak kena tinggal kan company nie. Dalam tempoh 13 minggu lagi aku di TM aku dibekalkan dengan dua task yang mencabar kredibiliti aku sebagai student practical. Aper task nyer...???? Aku dibekalkan 2 customer dan diminta menjalankan sales dengan mereka. Aku kena buat bermula dari awal sehingga akhir berseorangan. Penyelia aku hanya memantau aku and perkembangan sales aku. Pening. Markah practical aku bergantung kepada sejauh mane customer tue boleh terpegaruh ngan aku n aku berjaya sold product kat customer tue. Aper yang memeningkan aku, biler nak buat procedure utk sales tue, macam2 kena fikir. By the way, this is advantage bagi aku untuk timba pengalaman kat cnie. Hope keja nie boleh mendatangkan manfaat pada aku dan juga TM pada masa yang sama. Ops...lupa plak nytakan cutomer yang perlu aku kendalikan adalah universiti aku sendiri iaitu UITM Segamat dan juga Kementerian Kesihatan Kulai. Hope aku boleh success ngan task nie.....

Sunday, January 3, 2010

-10 taHuN-

Pejam celik, pejak celik usia perkenalan aku dan Dia mencecah angka 10 tahun. Perkenalan kami tidak dirancang. Aku mengenali Dia sejak hari pertama aku menjejakan kaki ke alam sekolah menengah. Pada hari itu aku hanya mengenali Dia pada namanye sahaja, tidak terlintas difikiranku dia bakal menjadi kawan, sahabat dan temanku sehingga kini.

Pada suatu hari ketika aku di tingkatan 1, Dia telah berselisih faham dengan kawan Dia. Bermula sejak perselisihan faham itu aku mula rapat ngan Dia. Aku kurang pasti sebab kami boleh rapat, tetapi aper yang aku tau, selepas kejadian itu, aku dan Dia sering bersama. Dalam kami menjadi sahabat, pelbagai dugaan kami hadapi yang boleh merenggangkan hubungan kami. Alhamdulillah walau bagaima berat dugaan, kami still bersahabat sehingga sekarang.

Sepanjang kami besahabat, bohonglah andai aku kata kami tidak pernak berselisih faham. Itu semua adat dalam bersahabat. Aku selesa bersahabat dengan Dia, kerana Dia tidak pernah merungut tentang diri aku. Dia tidak malu untuk berkawan dengan ku. Walau ape jua keadaan aku, Dia tidak sekali merungut. Dia tidak pernah merungut malu berjalan dengan aku kerana aku tinggi. Rupa paras juga bukan kayu pengukur untuk Dia terima aku sebagai kawan Dia. Aku tau aku tidak secantik Dia, tapi Dia tidak kisah itu semua.

Kini jarak antara aku dan Dia dah jauh. Kami jarang bertemu. Hanya SMS, YM, FB penyambung kami. Even kami berjauhan, hubungan kami x jauh. Dia sentiasa ada dalam hati aku. Segala masalah, suka dan duka kami share walaupun tidak bertentangan mata. Dia tiada pengganti nya dan tidak mungkin ader pengganti. Aku terlalu menyayangi dia bukan kerana Dia kekasihku, bukan saudaraku...tetapi aku menyayangi Dia kerana Dia adalah Kawan, Sahabat dan Temanku...

Aku SAYANG Dia