-KelUarGaKu-

Wednesday, March 31, 2010

S O K - S E K - S O K - S E K

Duduk dalam dunia perkerjaan mcm2 benda yang aku belajar and nampak, ader yang positive and ader yang negative. Biasalah dlu kat kampus just menghadap buku, lecturer n member2 je. Now ble dah ader dalam dunia pekerjaan tue sendiri, mcm2 benda aku hadapi...staf, customer, bos...n macam2 lagi orang yang pelbagai feel nyer. Semua nyer menjadi pengalaman yang berguna bagi aku....
Hehehehehe....tapi kadang2 jadi student practical nie susah juga....rapat ngan nie masalah, rapat ngan tue masalah....ish...payah2. Tp aku fikir positive, as along aku x wat salah nape aku kne risau. Tujuan aku ikhlas, nak timba sebanyak mne pengalaman kat cnie, so x salah aku rapat ngan siape je yang bley bg feedback kat aku. If nak timbukan skandal or kontroversi, mang silap la n x sesuai langsung.......aku still ingat pesana PM Kamel Taufiq Bin Abd Ghani, beliau berkata begini "jangan buat skandal/kontroversi semasa prasctical"....pesanan itu aku sematkan di minda aku sehingga sekarang........Misi aku kat snie adalah untuk menimba sebayak mungkin pengalaman.....

Monday, March 29, 2010

A K H I R N Y A

Setelah hampir 4 bulan kat TM, at last aku diberi pluang untuk berhadapan sendiri dengan client. Sebelum ini aku ader post berkaitan task ku di TM yang bertajuk TASK BERMULA. Now task tue hampir berakhir... Aku da present depan customer (en rashid lebih banyak bercakap kot dari aku tp kire aku juga la tue). After present dapat tengok yang customer mang betul2 interest ngan servis yang kami present. Keja aku skarang keep calling mereka untuk convince mereka subcribe Centrex sistem. Hope mereka setuju.......... Even presentation tue x success...tp aku bangga....coz aku diberi peluang keemasan oleh supervisor aku untuk melakukanya (Thank En Rashid).

Wednesday, March 17, 2010

~ S A L A H K U ? ~

"tinggi nye dia"
"dik tinggi berapa kaki?"
"keluarga memang tinggi2 ke?"
Ayat nie biasa aku dengar keluar dari orang sekeliling aku.
Masalah mereka ke tinggi or rendah nyer aku.
Sebagai manusia biasa aku bersyukur ape yang ALLAH kurniakan kepada aku.
As long aku sempurna sifat dan tak cacat, aku bersyukur.
Siapa mereka untuk mempertikaikan ketinggian aku.
Siapa mereka untuk mempersendakan ketinggian aku.
Mempersendakan kejadianku sebegini sama seolah-olah mempersendakan
ciptaan ALLAH.

"tinggi nyer, boleh bagi ketinggian sket tak"
"makan aper yer boleh jadi tinggi macam nie"
nampak macam pertanyaan biasa,
tetapi tidak bagi aku,
kata-kata ini seolah2 memerli aku.
Ape yang lbey menyedihkan ia kluar dari orang yang ader sekelilingku.

"dah tinggi, still nak pakai heel lagi"
"segan berdiri/bejalan dengan ko, tinggi sangat"
masalah ke bagi mereka aper yang aku pakai,
pakai duit diarang ke aku bli heel....
aku pinjam heel diarag ke....
smua nak complaint
if x nak jln or berdiri sebelah aku...
aku x harap korang nak berdiri or jalan ngan aku....

Sdey ble orang x nak rapat ngan aku sbb
aku nie tinggi as a women,
tapi aku cbe bine keyakinan diri untuk berdiri
depan semua orang sebagai diri aku sendiri...

Tuesday, February 9, 2010

~ Bosan dan Rimas ~

Bosan, aku tidak pasti mengapa perlu hadir perasaan tue dalam kamus hidup ku. Aku cuba untuk berlagak seperti biasa, tapi bila hadir nya si bosan keadaan yang sebelum nya okay bertukar merimaskan. Aku tidak lagi saperti sebelumnya. Aku terpaksa berlagak seperti biasa tapi sebenarnya aku tidak suka keadaan itu. Wahai si Bosan..bilakah kau nak lenyap dalam diriku. Aku sudah penat berlakon seolah2 aku tidak kisah dengan kau dan selesa selalu. Hipokritkah aku. Aku terpaksa. Selagi Si Bosan ader, keadaan yang merimaskan akan aku alami. Kenapa Si Bosan mesti hadir dalam diri aku. Pergilah wahai Si Bosan...bawalah sekali temanmu jua Rimas jauh dariku. Agar aku tenang menjalani hidup dan menerima setiap keadaan dengan selesa. Aku juga tidak perlu Hipokrit dengan semua orang bila ko hadir...

Sunday, January 31, 2010

~ Cuti oh Cuti ~

Hujung minggu lepas aku dapat jumpa mak and ayah yang sangat aku ridui. Pas hantar proposal kat Lecturer hari jumaat lepas, aku dengan nekad nyer mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumahku...di Kampung Semin. Ayah dan Emak telah menjempuku di Segamat. Thank Ayah...Thank...Emak...Adik Sayang both of you.
Tapi cuti hujung minggu so tempoh nyer singkat la, hari ahad aku kena kembali ke JB untuk menyambung tugasku di TM. Dalam keadaan yang tidak rela...aku harus kembali ke JB. Pas nie ader cuti algi, Cuti Chinese New Year, tapi tak lama macam student yang duk kat U cuti. Menurut staf kat department kami cuti sampai hari selasa, tapi aku lik cnie hari isnin. Nampak macam lame je cuti, tapi sebenarnya, same je macam last week nyer cuti. Redha je la, nanti dah hbis practical cuti la puas-puas sementara tunggu Konvo.
So now kena sacrifies skit, untuk kesenangan aku sendiri....di masa akan datang.

Friday, January 22, 2010

~ Tension dan Moody ~

Dua perkataan yang agak sebati ngan diri aku. Benda nie sering melanda diriku. Biasalah masalah dalaman kadang2 x boleh nak cerita pada sesiapa, so ape lagi pendam sendiri. Terlalu banyak pendam, lama-lama boleh pdat tau n tension akhirnya. Bila time tension nie mula la mood tak berapa nak balance. Mudah je nak naik angin. Tapi aku seboleh mungkin tak nak melibatkan orang lain ngan benda nie. Hal tension n moody adalah masalah aku sendiri, so x fair la if orang sekeliling aku terkena tempiasnya. Alhamdulillah, setakat nie aku amsih boleh kawal lagi segalanya. Di masa akan datang jua, aku harap dua masalah aku nie dapat aku atasi dan kawal.

Wednesday, January 13, 2010

-Task Bermula-

Minggu nie dah masuk minggu ke 7 aku kat TM nie. Kejap je masa berjalan. Tak lame lagi dah nak kena tinggal kan company nie. Dalam tempoh 13 minggu lagi aku di TM aku dibekalkan dengan dua task yang mencabar kredibiliti aku sebagai student practical. Aper task nyer...???? Aku dibekalkan 2 customer dan diminta menjalankan sales dengan mereka. Aku kena buat bermula dari awal sehingga akhir berseorangan. Penyelia aku hanya memantau aku and perkembangan sales aku. Pening. Markah practical aku bergantung kepada sejauh mane customer tue boleh terpegaruh ngan aku n aku berjaya sold product kat customer tue. Aper yang memeningkan aku, biler nak buat procedure utk sales tue, macam2 kena fikir. By the way, this is advantage bagi aku untuk timba pengalaman kat cnie. Hope keja nie boleh mendatangkan manfaat pada aku dan juga TM pada masa yang sama. Ops...lupa plak nytakan cutomer yang perlu aku kendalikan adalah universiti aku sendiri iaitu UITM Segamat dan juga Kementerian Kesihatan Kulai. Hope aku boleh success ngan task nie.....

Sunday, January 3, 2010

-10 taHuN-

Pejam celik, pejak celik usia perkenalan aku dan Dia mencecah angka 10 tahun. Perkenalan kami tidak dirancang. Aku mengenali Dia sejak hari pertama aku menjejakan kaki ke alam sekolah menengah. Pada hari itu aku hanya mengenali Dia pada namanye sahaja, tidak terlintas difikiranku dia bakal menjadi kawan, sahabat dan temanku sehingga kini.

Pada suatu hari ketika aku di tingkatan 1, Dia telah berselisih faham dengan kawan Dia. Bermula sejak perselisihan faham itu aku mula rapat ngan Dia. Aku kurang pasti sebab kami boleh rapat, tetapi aper yang aku tau, selepas kejadian itu, aku dan Dia sering bersama. Dalam kami menjadi sahabat, pelbagai dugaan kami hadapi yang boleh merenggangkan hubungan kami. Alhamdulillah walau bagaima berat dugaan, kami still bersahabat sehingga sekarang.

Sepanjang kami besahabat, bohonglah andai aku kata kami tidak pernak berselisih faham. Itu semua adat dalam bersahabat. Aku selesa bersahabat dengan Dia, kerana Dia tidak pernah merungut tentang diri aku. Dia tidak malu untuk berkawan dengan ku. Walau ape jua keadaan aku, Dia tidak sekali merungut. Dia tidak pernah merungut malu berjalan dengan aku kerana aku tinggi. Rupa paras juga bukan kayu pengukur untuk Dia terima aku sebagai kawan Dia. Aku tau aku tidak secantik Dia, tapi Dia tidak kisah itu semua.

Kini jarak antara aku dan Dia dah jauh. Kami jarang bertemu. Hanya SMS, YM, FB penyambung kami. Even kami berjauhan, hubungan kami x jauh. Dia sentiasa ada dalam hati aku. Segala masalah, suka dan duka kami share walaupun tidak bertentangan mata. Dia tiada pengganti nya dan tidak mungkin ader pengganti. Aku terlalu menyayangi dia bukan kerana Dia kekasihku, bukan saudaraku...tetapi aku menyayangi Dia kerana Dia adalah Kawan, Sahabat dan Temanku...

Aku SAYANG Dia